Tuesday, May 22, 2007

Bengkel Pengurusan Nilam Fasa 1 & Pengautomasian PSS

23 Mei 2007 : Rabu, Pusat Kegiatan Guru Parit Raja mengadakan Bengkel Pengurusan Nilam Fasa 1 dan Pengautomasian PSS. Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini data nilam menerusi program e-nilam. Data nilam yang diperolehi adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam menerokai buku-buku ilmiah. Selain itu, pihak urusetia telah mengambil kesempatan untuk membantu perpustakaan sekolah ahli PKG Pt Raja dalam pengautomasian perpustakaan. Seramai 24 orang guru yang terlibat dan 4 orang fasilitator. Semoga bengkel ini dapat membantu pihak sekolah untuk membimbing anak bangsa yang tercinta mencapai inspirasi negara iaitu pembangunan modal insan. Insan yang berilmu perlu melengkapi diri dengan dapat mengawal emosi agar perilaku kita lebih teratur rapi.

No comments:

MAKLUMAT PENGURUSAN PKG 2007

Sempena musim mesyuarat pengurusan PKG, PKG Pt Raja sangat berbesar hati untuk menyumbangkan fail berkaitan data mesyuarat pengurusan PKG bagi 2007. Data berikut boleh di muat turun melalui ruangan download dengan tajuk "Mesyuarat Pengurusan PKG 2007". Segala kekurangan dalam data tersebut didahului dengan jutaan ampun. Selamat menggunakan dengan cermat.

SENARAI KEPERLUAN PKG DAERAH BATU PAHAT

Keperluan PKG yang pihak tuan telah hantar ke En Arpah semalam telah siap dikemaskini. Anda di minta download fail keperluan PKG untuk sebagai simpanan. Kerjasama didahului dengan jutaan terima kasih.

KURSUS PSS

KURSUS PSS
Membina Vedio Klip Kursus di D'Village, Melaka

KENANGAN BERSAMA PENGARAH JPNJ

KENANGAN BERSAMA PENGARAH JPNJ
Sempena Lawatan Banjir YB Menteri Pelajaran di SK Seri Teluk